Sejarah Sekolah
Sekolah SJK ( C ) Hwa Min, Tunjang diwujudkan pada tahun 1935 dengan menyewa sebuah kedai untuk dijadikan bangunan sekolah. Untuk menjalankan pentadbiran sekolah dengan berkesan, Lembaga Pengurus Sekolah ditubuhkan pada tahun yang sama.
Pada tahun 1935, dengan kerja kuat ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah serta mendapat sokongan daripada seluruh masyarakat setempat, sebuah bangunan kayu telah dapat dibina secara gotong-royong. Bangunan ini memiliki 2 buah bilik darjah dan 2 bilik tidur untuk pengajar. Pada tahun itu hanya terdapat 30 orang murid yang belajar.
Pada tahun 1947, bilangan murid bertambah dan meningkat kepada 100 orang dan bilangan guru ialah 4 orang. Pada tahun 1955, sebuah bangunan baru dibina dengan mempunyai 7 buah bilik darjah. Tanah tapak bangunan sekolah merupakan sumbangan daripada Kilang Beras Tong Seng Sdn. Bhd. Tunajang.
Bilangan murid bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1960 bilangan murid meningkat kepada 300 orang dan tenaga pengajar ialah seramai 13 orang. Pada tahun 60-an, sebuah dewan telah dapat dibina hasil kutipan derma daripada masyarakat setempat. Bangunan dewan ini termasuk pejabat, bilik guru dan Guru Besar. Pihak sekolah juga mendapat bantuan modal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembangunan dan lain-lain keperluan.
Pada tahun 1995, dengan kerjasama Lembaga Pengurusan sekolah, PIBG dan murid-murid tua, sekolah berjaya menyambut Perayaan Jubli Intan ( 1935-1995 ) secara besar-besaran. Kerja kuat sokongan daripada semua pihak Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah, PIBG, ahli-ahli korporat dan dermawan-dermawan, sebuah bangunan baru 2 tingkat dapat dibina dan dilengkapi perpustakaan, bilik komputer, bilik KH dan bilik seni.
Pada tahun 1996, sebuah kantin baru dapat dibina hasil sumbangan daripada TB Datok Ling Leong Sik, Menteri Pengangkutan Malaysia dan pada tahun 1998, pihak sekolah mendapat peruntukkan daripada YAB Ahli Parlimen Kubang Pasu untuk sebuah bilik air dan mengecat semula bangunan sekolah.
Pada tahun 2003, sekolah telah mencatat prestasi UPSR terbaik dengan memenangi Johan Daerah Kuabang Pasu, tempat ke-empat peringkat negeri dan tempat ke-13 peringkat kebangsaan.
Pada tahun 2006, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah merancang membina sebuah dewan serbaguna dan 8 bilik darjah untuk mengantikan bilik darjah 2 tingkat yang usang.
Melalui malam amal yang diadakan pada 27.09.2006, pihak sekolah telahberjaya mengutip sumbangan sebanyak sejuta ringgit daripada orang ramai untuk tujuan tersebut. Projek tersebut dijangka berhasil pada tahun 2007.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
New comments are not allowed.